Raudhah adalah tempat yang sangat mulia, di mana dahulu merupakan tempat Rasulullah SAW membacakan wahyu dan mengajarkan Islam di depan para sahabat terdekatnya. Dikutip dari kajian Habib Muhammad bin Fauzi bin Ahmad bin Yahya Cirebon;
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ
Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman syurga. (HR. Bukhari dan Muslim)
Mari kita kenali 6 tiang penting yg ada di dalam Raudhah berikut ini:
1. Tiang Sarir ( tiang katil )
Tiang ini ialah dimana suatu masa dahulu adalah tiang tempat Nabi Muhammad SAW berehat.
2. Tiang Ali / Tiang Pengawal
Tiang ini dahulu tempat yang digunakan pengawal untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, dimana pengawalnya diketuai oleh Sayyidina Ali.
3. Tiang Wufud (Perundingan)
Suatu masa dahulu di tiang ini Nabi Muhammad SAW gunakan untuk berjumpa dengan pemimpin dari luar yang datang ke Madinah untuk persidangan.
4. Tiang Aishah - Tiang ini bernombor 119
Tiang ni sangat istimewa, dimana ditiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajud dan solat Taubat setiap malam.
Baginda Nabi SAW bersabda kelebihannya “ SEKIRANYA KAMU TAHU KELEBIHAN SOLAT DISITU PASTI KAMU AKAN BERATUR UNTUK SOLAT DISITU “
5. Tiang Abi Lubabah (Tiang Taubat)
Tiang ini adalah tiang Abi Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abi Lubabah.
6. Tiang Muhallaqah - ( mimbar )
Tiang ini dibawahnya telah ditanam satu batang pokok kurma yg pernah menangis kerana sedih tdk digunakan lagi oleh baginda SAW ketika menyampaikan khutbah. Nabi memujuk batang kurma itu untuk menghentikan tangisan dengan menjanjikan ia akan tumbuh didalam syurga.
7. Mehrab Nabi
Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab inilah nabi gunakan untuk solat berjamaah bersama sahabat-sahabat beliau.
Di Mehrab ini juga Sayyidina Umar ditikam oleh Abu lulu'ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Jika berpeluang masuk ke dalam Raudah cubalah utk solat di kawasan tiang-tiang ini terutamanya tiang 119 Tiang Aisyah.
Editor : Hadi Widodo