HARI Jumat adalah hari yang dimuliakan dalam Islam, untuk itu umat Islam harus mempersiapkan diri dengan amal ibadah yang dapat meningkatkan kualitas iman dan islam kita di sisi Allah Swt.
Dikutip dari Kajian Habib Muhammad bin Yahya Cirebon menyebutkan bahwa Imam Ghazali Rahimahullah:
"Hendaklah engkau jadikan hari Jumat itu tertentu bagi akhiratmu. Maka mudah-mudahan ia menjadi kaffarah (penghapus dosa) bagi segala hari yang lain daripada Hari Jumat".
Diantara Sunah, Amalan & Adab pada malam dan hari Jumat:
1. Membaca surah Al-An'am, Al-Kahfi, Thaha & Yaasin, jika tidak mampu bacalah surah Yaasin, Ad-Dukhan, As-Sajdah & Al-Mulk
2. Membaca doa ini (7x) pada malam jumaat dan (7x) pada siang hari jumaat;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ خَلَقْتَنِي ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِي قَبْضَتِكَ ، وَناصِيَتِي بِيَدِكَ ، أَمْسَيْتُ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ بِنِعْمَتِكَ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي إِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبُ إِلا أَنْتَ
3. Memperbanyak shalawat keatas Rasulullah s.a.w. sebaiknya 1,000 kali seperti sabda Baginda s.a.w:
عَنْ أَنَسٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « مَنْ صَلَّى عَلَىَّ فِى الْجُمُعَةِ أَلْفَ مَرَّةٍ.. لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَــنَّةِ ».
Daripada Anas r.a. daripada Nabi s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa berselawat ke atas ku pada hari Jumaat sebanyak 1000 kali, dia tidak akan meninggal dunia sehinggalah dia melihat tempat tinggalnya daripada syurga".
4. Mencukur kumis, bulu ketiak, mencabut bulu kemaluan.
5. Memotong kuku, membersihkan tahi telinga.
6. Niat mandi sunnah Jumaat.
7. Memakai pakaian serba putih; jubah putih, baju melayu putih, kain pelekat putih, serban putih, rida'/selendang putih.
8. Memakai minyak wangi, minyak rambut.
9. Memakai cincin.
10. Menggunakan siwak.
11. Datang awal ke masjid.
12. Datang dengan berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, rendah hati dan berzikir.
13. Apabila memasuki masjid, bacalah doa ini;
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَوْجَهِ مَنْ تَوَجَّهَ إِلَيْكَ، وَمِنْ أَقْرَبِ مَنْ تَقَرَّبَ إِلَيْكَ، وَمِنْ أَفْضَلِ مَنْ سَأَلَكَ وَرَغِبَ إِلَيْكَ
Atau doa masuk masjid yang umum.
14. Duduk di saf depan jika ada kekosongan, dan tidak melangkah bahu orang untuk mendapatkan saf.
15. Niat i'tikaf di dalam masjid.
16. Tidak berjual-beli setelah azan.
17. Tidak duduk dalam keadaan ihtiba' (seperti duduknya anjing) ketika mendengar khutbah.
18. Tekun mendengar khutbah, tidak bercakap-cakap dan tidak tidur.
19. Berdoa diantara dua khutbah seperti Sayyidul Istighfar;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
20. Setelah selesai Solat Jumaat sebelum berkata-kata, membaca surah Al-Fatihah (7x), surah Al-Ikhlas (7x), surah Al-Falaq (7x), surah An-Nas (7x) kemudian membaca (4x);
اَللّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحَمِيْدُ، يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ، يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ، أَغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
21. Solat Ba'diyah jumaat.
22. Ketika hendak keluar dari masjid, berhentilah seketika di pintu keluar masjid dan berdoa:
اللهم إنّي أجِبتُ دَعوَتَك وَصَلَّيتُ فَرضَك وَانْتَشَرتُ كَما أمَرتَنِي فَارْزُقْنِي مِن فَضْلِكَ وَأنتَ خَيرُ الرَّازِقِين
23. Membaca selawat ini (80x) selepas solat 'Asar;
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم تَسْلِيمَا
24. Memberi sedekah.
25. Menziarahi orang sakit, silaturahim saudara, sahabat, anak yatim.
26. Memperbanyakkan doa terutama di waktu Fathimiyah; antara 'Asar dan Maghrib.
Editor : Hadi Widodo