Kisah Imam Nawawi Menentang Perintah Sultan Malik Az-Zahir

Hadi Widodo
Ilustrasi (Foto: iNews)

PEKALONGAN, iNewsPantura.id - Imam Nawawi menetang perintah Umara’ pada masanya yaitu Sultan Malik az-Zahir disaat Bangsa Tatar atau Mongol gencar melakukan pemberontakan.

Dikutip dari Kajian Habib Muhammad bin Yahya Pekalongan bahwa Imam Nawawi atau nama lengkapnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631 -676H) merupakan anak kelahiran Damsyik, Syam (Syria). Beliau telah menghafal Quran sejak dari

kecil, dan dilaporkan telah mendalami sebanyak 12 mata pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu agama. Antara buku karangan ulama terkenal Mazhab Syafie ini ialah Minhaj al-Talibin, Syarah Sahih Muslim, al-Majmu' Syarh al-Muhazzab dan Riyadh al-Solihin.

Sepanjang hayatnya, Imam Nawawi telah menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Ketegasannya dalam menyampaikan kebenaran Islam tiada tolak banding pada zamannya. Sebagai ulama yang memimpin umat, beliau

menyatakan dan mendukung kebenaran tanpa rasa gentar sekalipun akan merugikan kedudukan dan mengancam nyawanya.

Pada suatu hari, beliau telah diminta oleh Sultan pada zamannya yang bernama Al-Malik Al-Zahir untuk memberikan fatwa yang mengharuskan Sultan mengambil harta rakyat untuk digunakan bagi persediaan perang menghadapi ancaman tentera Tatar. Tujuan

itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama' yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. An-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong, beliau menjawab:

"Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba yang tidak mempunyai harta. Kemudian Allah SWT memberikan karunia kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku mendengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap daripada mereka

memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki perhiasan.

Editor : Hadi Widodo

Halaman Selanjutnya
Halaman : 1 2

Bagikan Artikel Ini
Konten di bawah ini disajikan oleh Advertiser. Jurnalis iNews Network tidak terlibat dalam materi konten ini.
News Update
Kanal
Network
Kami membuka kesempatan bagi Anda yang ingin menjadi pebisnis media melalui program iNews.id Network. Klik Lebih Lanjut
MNC Portal
Live TV
MNC Network