get app
inews
Aa Text
Read Next : Imam Nawawi: Bacaan Hauqalah Senjata Saat Menghadapi Kesulitan 

Kisah Imam Nawawi Menentang Perintah Sultan Malik Az-Zahir

Senin, 02 Januari 2023 | 11:13 WIB
header img
Ilustrasi (Foto: iNews)

PEKALONGAN, iNewsPantura.id - Imam Nawawi menetang perintah Umara’ pada masanya yaitu Sultan Malik az-Zahir disaat Bangsa Tatar atau Mongol gencar melakukan pemberontakan.

Dikutip dari Kajian Habib Muhammad bin Yahya Pekalongan bahwa Imam Nawawi atau nama lengkapnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631 -676H) merupakan anak kelahiran Damsyik, Syam (Syria). Beliau telah menghafal Quran sejak dari

kecil, dan dilaporkan telah mendalami sebanyak 12 mata pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu agama. Antara buku karangan ulama terkenal Mazhab Syafie ini ialah Minhaj al-Talibin, Syarah Sahih Muslim, al-Majmu' Syarh al-Muhazzab dan Riyadh al-Solihin.

Sepanjang hayatnya, Imam Nawawi telah menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Ketegasannya dalam menyampaikan kebenaran Islam tiada tolak banding pada zamannya. Sebagai ulama yang memimpin umat, beliau

menyatakan dan mendukung kebenaran tanpa rasa gentar sekalipun akan merugikan kedudukan dan mengancam nyawanya.

Pada suatu hari, beliau telah diminta oleh Sultan pada zamannya yang bernama Al-Malik Al-Zahir untuk memberikan fatwa yang mengharuskan Sultan mengambil harta rakyat untuk digunakan bagi persediaan perang menghadapi ancaman tentera Tatar. Tujuan

itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama' yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. An-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong, beliau menjawab:

"Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba yang tidak mempunyai harta. Kemudian Allah SWT memberikan karunia kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku mendengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap daripada mereka

memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki perhiasan.

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga Baitulmal sudah tiada simpanan uang, harta dan tanah lagi, maka aku akan

mengeluarkan fatwa mengharuskan kamu untuk mengambil harta rakyat bagi tujuan jihad. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah SWTdan mengikut jalan Nabi-Nya SAW."

Sultan Al-Malik Al-Zahir begitu murka apabila mendengar jawaban itu sehingga sesetengah riwayat melaporkan, para ulama yang hadir mengangkat jubah masing-masing kerana takut terkena percikan darah pada hujung jubah mereka jika Sultan memancung

kepala Imam Nawawi.

Namun Sultan mengeluarkan titah supaya Imam Nawawi segera keluar dari Damsyik dan membawanya ke Nawa.

Dan dikatakan kepada sang raja :”wahai paduka, kenapa engkau tidak membunuhnya?”. Dijawab oleh raja :”ketika aku hendak membunuhnya, aku melihat diatas pundaknya ada 2 hewan buas yang ingin menerkamku, jadi aku mengurungkannya”. Para ulama

Syam berusaha menjemput Imam Nawawi kembali ke Damsyik namun beliau enggan selagi Al-Zahir memegang tampuk pemerintahan.

(Lihat al-Imam al-Nawawi, oleh Abd al-Ghani al-Daqar, hlm. 144-145. Begitu juga kitab al-Ilmam oleh Muhammad bin Qasim al-Nuwairi, 4/81-83)

Keterangan didapat dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Malaysia), ma’a az-Ziyaadah al-Qoliilah

Kitab “Al-Imam an-Nawawi” karya Abdul Ghoni ad-Daqar hal 107-108, cetakan dar al-Qalam.

Editor : Hadi Widodo

Follow Whatsapp Channel iNews untuk update berita terbaru setiap hari! Follow
Lihat Berita Lainnya
iNews.id
iNews Network
Kami membuka kesempatan bagi Anda yang ingin menjadi pebisnis media melalui program iNews.id Network. Klik lebih lanjut